You are here: Home > Uncategorized > Goa Inn Hotel Sdn. Bhd.

Goa Inn Hotel Sdn. Bhd.



assalamualaikum.

Aku lemah setiap kali bila Mama mahupun Abah merancang untuk pulang ke kampung. Untuk pengetahuan anda semua, kampung aku terletak di Kampung Rekang, Jelawat, Kelantan Darul Naim.

Ya.. aku cuma perlu pulang ke Kampung Rekang Hilir sahaja setelah arwah Mak Tijah pergi meninggalkan kami pada 11 September.. lebih kurang lima atau enam tahun yang lalu.

Tapi itu tidak bermakna kami langsung tidak mengunjungi saudara-mara Abah yang kebanyakannya menetap di Kampung Rekang Hulu. Selepas solat sunat Aidilfitri pada setiap tahun, kami sekeluarga akan memulakan kunjungan raya di Kampung Rekang Hulu terlebih dahulu.

Pada hari Jumaat yang lepas, rombongan Puan Wan Rozana dengan kekuatan bala tentera seramai enam orang sekali lagi pulang ke Kampung Rekang Hilir, Kelantan untuk meraikan Tok Wan Othman dan Tok Zabidah Daud yang telah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji dan umrah pada hari Ahad yang lepas bersamaan dengan 16 Oktober 2011.

Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bertolak pada waktu petang kerana Hisyam perlu menduduki Peperiksaan Akhir Tahun manakala Sheila pula perlu ke sekolah.

Walaupun perjalanan kami lancar kerana tiada kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan, kami tiba di Gua Musang agak lewat.. iaitu kira-kira pada pukul 8.30 malam.

Aku kira semua orang yang memegang status anak perantau Kelantan sedia maklum bahawa perjalanan pulang ke Kelantan sekurang-kurangnya akan mengambil masa sebanyak 8 jam setengah jika tiada kesesakan teruk yang berlaku di sepanjang perjalanan.

Satu-satunya faktor yang berjaya membuatkan aku lemah semangat untuk pulang ke kampung setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri.

Oleh kerana hari pun sudah lewat, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Gua Musang di sebuah rumah tumpangan yang bernama Goa Inn Hotel Sdn. Bhd.

Kunjungan ini bukanlah yang pertama kali kerana kami sekeluarga sering menetap di Goa Inn apabila keadaan tidak mengizinkan kami meneruskan perjalanan.

Dengan keadaan tidak mengizinkan, aku maksudkan keadaan Abah yang seringkali mengantuk ketika memandu di jalan raya.

Rate harga yang ditawarkan oleh Goa Inn Hotel Sdn. Bhd. adalah berpatutan dan aku kira bersesuaian bagi semua jenis lapisan masyarakat dengan latar belakang ekonomi yang berbagai.

Pada kali ini, Abah memilih untuk tinggal di bilik Famili yang mempunyai dua katil king size dengan harga RM115 semalaman.

only for guests.

 

on the outside

 

looking inside.

 

looking out.

 

booking room.

 

spacious lounge.

 

room numbers.

 

beautiful wall arts.

 

le Famili room.

 

double beds.

 

bulging tummy.

 

view from one of the bed.

 

there's a sofa set in the room.

 

view 2

 

trying out the TV.

 

le toilet.

 

mirror, mirror on the wall.

 

senyum palsu.

 

the only flaw.

 

*yawns*

Not bad, right?

keep up the good work, dudes.. and do upgrade your maintenance, eh?



The BEST holidays

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply