You are here: Home > Uncategorized > Cinta Medinah

Cinta Medinah



12/10/11 Rabu 5 am Medinah Time

Syukur kepada Allah SWT Yang Maha Pelindung, pesawat Saudi Airline 747-400 selamat mendarat di lapangan terbang Medinah Al Munawwarah. Hati ini tak terkata gembira dan syukur sangat kerana sampai di Kota Suci tempat junjungan Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW dimakamkan. Di sinilah Rasul Allah SAW tinggal selama 9 tahun sebelum berangkat ke Kota Mekah untuk mengerjakan Haji pada tahun ke 10.

Kami beratur menunggu giliran di imigresen. Oleh kerana urusan agak lama, kami solat di airport sahaja memandangkan waktu Subuh sudah masuk dan waktu solat singkat.

Seterusnya para jemaah menaiki bas menuju ke hotel. Kerja-kerja pembinaan hotel baru masih rancak di sekitar masjid Nabawi. Hon kereta berkumandang setiap saat. Suhu 38 darjah. Jemaah dari seluruh pelusuk dunia sudah mulai membanjiri jalan.Sayup dari jauh, kelihatan menara masjid yang saya rindui.

Alhamdulillah nikmat dari Allah Yang Maha Mengatur, hotel kami (Movenpick) terletak betul-betul di belakang pintu Masjid Nabawi. Perasaan bercampur baur di dalam hati kami… gembira, syukur, terharu, sedih, rindu pada Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Tak sabar rasanya nak beribadah di dalam masjid, menziarah makam Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Omar Al-Khatab dan taman syurga Raudhah.

Segala-gala pujian bagiMu Ya Allah Tuhan Sekalian Alam!

20111014-142132.jpg

20111014-142211.jpg

20111014-142229.jpg

20111014-142317.jpg

20111014-142339.jpg

20111014-143728.jpg

20111014-143759.jpg

20111014-143821.jpg

20111014-143832.jpg



The BEST holidays

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply